TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, January 16, 2011

Projek depan pos keselamatan TTB3

Makluman S/U Persatuan TTB3: Tapak Dewan (sebelah tapak surau) akan dibuka pusat mencuci kereta yang diusahakan oleh Cikgu Rizaudin, setelah medapat kelulusan MPKj. Pengerusi Persatuan Penduduk menyokong projek ini sebagai usaha menambah tabung pembinaan surau. Para penduduk juga disaran turut sama memberi sokongan.

9 comments:

  1. Sepatutnya, pandangan penduduk diambil kira sebelum keputusan dibuat, khususnya bagi perkara yang mempunyai implikasi terhadap ketenteraman umum. Bukan menggesa penduduk memberikan sokongan setelah semuanya selesai.

    ReplyDelete
  2. Tapak tersebut tidak sesuai untuk operasi pusat basuh kereta kerana terlalu dekat dengan tasik. Ini akan memburukkan lagi kualiti air tasik yang sememangnya satu masalah kepada kita semua.

    Jika selama ini kita membuat aduan kepada pihak berwajib berkenaan kualiti air tasik tersebut, sekarang ini tindakan kita sendiri yang akan memburukkan keadaan.

    Adakan pandangan pemilik rumah bersebelahan tapak telah diambil kira??

    Wan Husmi

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya penghuni rumah, Jalan 3/43 juga bersetuju dengan Cadangan pembinaan tempat mencuci kereta di Tapak Surau kita tu.

    Hj. Amin

    ReplyDelete
  4. Saya Hj Amin KURANG bersetuju dengan cadangan pembinaan tempat cuci kereta di TAPAK SURAU tu.. seperti sebab2 yang telah dinyatakan oleh rakan jiran penduduk lain seperti di atas.

    Hj Amin Hj Ahmad
    Jalan 3/43

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum, saya cadangkan sesiapa yang tidak berpuas hati, boleh adukan kepada MPKj di http://stars.mpkj.gov.my/iresponz/index.cfm. Semasa membuat aduan, tidak perlu bimbang untuk memebrikan nama dan no telefon.

    ReplyDelete
  6. As Salam,
    Terima kasih pemberi alamat laman sesawang MPKj tu.

    Hj Amin

    ReplyDelete
  7. Mengapa projek ini perlu ditolak habis-habisan:-
    1. Mencemar Alam Sekitar
    2. Menambah kesebukan lalulintas
    3. Menggangu ketentraman kawasan perumahan
    4. Mengurangkan nilai hartanah
    5. Penduduk tidak perlu perkhidmatan ini
    6. Projek ini akhirnya akan jadi mamak stall
    Harapkan pagar, pagar makan padi !

    ReplyDelete
  8. Sy juga tidak setuju dgn cadangan ini. Bkn projek ini telah dilaporkan ke mpkj dan mpkj telah pun bersetuju membatalkannya thn lepas. Apa kali ini kita perlu buat laporn polis ttg projek yg diagp menceroboh ini.? Pagar di depan dua2 tutup, kmdn disediakan jln yg sempit dan akan disempitkan lg oleh projek car wash., tida terfikirkah keselamatan dan ketenteraman jiran2.? Kslmtan kanak2 tadika, dan keselamatan penduduk yg terpaksa melalui jln sehala yg sempit di sblh rumah hj. Amin. Apapun alasannya, ia tidak boleh diterima, dan robohkan tandas yg ada di dua2 tapak ini, jgn nnt tmn dikenali dgn tmn tasik tandas 3..

    ReplyDelete
  9. ni posting lama.. en prihatin baru baca ka? dah lebih setahun dan dah dibatalkan pun... boleh rujuk ketua jalan.. boleh tgk posting terkini yang ada gambar semak samun...

    ReplyDelete